Anda ada soalan?

FAQ

Di sini terdapat soalan yang sering ditanya, beserta dengan jawapan dari pihak kami.

Cherry Cup dihasilkan di Amerika Syarikat, mendapat kelulusan FDA dan 100% silikon bergred perubatan.

Boleh. Ramai wanita telah bertukar kepada cawan haid. Penggunaan Cherry Cup memerlukan sedikit pembelajaran. Anda perlu tahu bagaimana cara untuk memasukkan dan mengeluarkannya. Ia mungkin memerlukan satu atau dua kitaran untuk digunakan dan selepas itu ia akan menjadi mudah.

Untuk memasukkan Cherry Cup, anda perlu belajar bagaimana hendak melipatnya. Terdapat dua kaedah lipatan yang utama : ‘Punch Down’ & ‘C-fold’.

Anda perlu mencuba kedua-dua lipatan untuk mencari lipatan yang mana yang paling sesuai untuk anda, kerana setiap lipatan dan kedudukan adalah berbeza. Apabila memasukkan, anda perlu memegang cawan yang dilipat sehingga ia berada di dalam faraj anda – ini memerlukan sedikit latihan.

Semak video kami mengenai ‘Bagaimana untuk memasukkan / mengeluarkan Cherry Cup? Disini!

Apabila dimasukkan dengan betul, Cherry Cup akan memastikan anda selesa dan bebas dari sebarang kebocoran. Jika anda mengalami kebocoran, betulkan kaedah memasukkan cawan tersebut dan kedudukan yang selesa untuk memastikan ia sesuai dengan tubuh anda.

Belajar untuk memasukkan dan mengeluarkan cawan haid anda mungkin memerlukan sedikit latihan dan masa.

Jika anda tidak boleh memasukkannya pada awal percubaan anda, paling utama dan penting – tenang! Penting untuk anda berasa tenang bagi melegakan otot pelvis anda untuk memudahkan proses memasuk dan mengeluarkannya.

Gunakan kaedah lipatan yang berbeza, atau tukar posisi untuk memasukkan cawan tersebut. Terdapat dua kaedah lipatan utama seperti yang digariskan dalam halaman Panduan Pengguna Cherry Cup.

Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan cawan haid, kami mencadangkan untuk mencuba beberapa lipatan yang berlainan untuk melihat lipatan mana yang sesuai dengan anda. Kebanyakan orang memasukkan dan mengeluarkan cawan mereka semasa duduk di tandas, sementara ada yang berdiri dengan lutut sedikit bengkok atau dengan satu kaki di tandas atau tab mandi untuk memasukkan.

Berkedudukan seperti sedang melakukan ‘squat’ akan memudahkan lagi untuk proses mengeluarkannya, kerana ia membantu secara semulajadi untuk pembukaan faraj anda.

Anda boleh memakai Cherry Cup anda sehingga 12 jam. Ini bermakna anda perlu mengosongkan cawan haid anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Kitaran setiap orang adalah berbeza, jadi dengan masa dan latihan, anda boleh menetapkan berapa kerap cawan perlu dikosongkan. Semasa hari yang mempunyai aliran darah yang banyak, atau jika anda memang kebiasaannya mempunyai aliran yang banyak, anda perlu mengosongkan cawan haid lebih kerap pada waktu siang. Elakkan penggunaan cawan haid sehingga darah haid anda memenuhi cawan tersebut.

Kami mengesyorkan agar wanita memasukkan cawan haid ketika mereka sedang bersiap untuk bekerja atau sekolah, dan mengeluarkan serta membersihkan, dan memasukkan semula pada waktu malam ketika mereka mandi dan bersiap untuk tidur.

Kebocoran ketika penggunaan cawan haid paling kerap dikaitkan ketika cawan yang anda gunakan tidak diletakkan dengan betul.

Perbetulkan kaedah memasukkan cawan haid anda dengan menggunakan lipatan yang berbeza. Ia membantu dan memastikan cawan haid anda dimasukkan dengan betul dan dikedapkan sepenuhnya.

Sekiranya cawan haid bergerak ke atas, itu bermakna cawan tersebut tidak kedap ke dinding faraj anda dan ia hanya terletak pada faraj anda.

Bagaimana tinggi atau rendah cawan haid anda diposisikan bergantung pada lokasi serviks anda semasa haid – ia boleh menjadi tinggi atau turun rendah pada faraj anda. Kita semua berbeza dan Cherry Cup akan diposisikan secara berbeza untuk setiap wanita.

Bagi kebanyakan pengguna, Cherry Cup akan diletakkan di hujung faraj, tepat di atas tulang pelvik. Sekiranya cawan anda tidak kedap, anda boleh memasukkannya kembali dengan menggunakan lipatan yang berbeza.

Untuk mengeluarkan cawan haid anda, adalah penting untuk anda melepaskan sedutan yang telah terhasil oleh cawan haid anda dan kemudian keluarkannya perlahan-lahan. Jangan sekali-kali tarik cawan anda keluar dengan batang sahaja – anda boleh menarik batang sehingga sampai ke pangkal cawan anda, kemudian pusing pangkal cawan untuk melepaskan sedutan dan keluarkannya.

 

Sekiranya anda tidak boleh mengeluarkan cawan anda dengan mudah, jangan panik! Cawan anda tidak akan hilang di dalam badan anda!

Duduk di tandas dan rehatkan otot pelvik anda untuk membiarkan cawan anda bergerak lebih rendah. Anda juga boleh jongkok atau mencankung. Ia akan membantu anda, seolah-olah anda mempunyai pergerakan usus dan cawan haid anda secara semula jadi bergerak ke bawah.

Perlu diingat bahawa jika diposisikan dengan betul, cawan anda telah membuat sedutan di dalam faraj anda – sila ikuti langkah-langkah di atas untuk mengeluarkan cawan anda.

Lihat video kami tentang ‘Bagaimana untuk memasukkan / mengeluarkan Cherry Cup?’ Disini!

Air bersih dan sabun bebas pewangi adalah yang anda perlukan untuk membersihkannya. Pastikan tiada sisa cecair di mana-mana lubang atau rabung.

Bahan kimia yang keras berpotensi merubah komposisi cawan anda dan menyebabkan kerengsaan apabila dimasukkan. Sabun tangan antibakteria (seperti yang ada di tandas awam) dan pembersih muka tidak boleh digunakan untuk membersihkan cawan haid anda.

Kebanyakan wanita memilih untuk mendidihkan cawan sebelum atau selepas kitaran mereka. Anda boleh merendam Cherry Cup dalam air mendidih selama 3-5 minit untuk mensterilkannya – cuba elakkan cawan haid anda dari menyentuh bahagian tepi atau bahagian bawah periuk dan keluarkan dari air mendidih. Biarkan Cherry Cup anda sejuk sepenuhnya sebelum menggunakannya.

Agak sukar untuk mendapatkan sinki di dalam tandas awam, memadai dengan hanya lap menggunakan tisu tandas atau tisu basah dan masukkannya semula. Sekiranya anda hendak membasuh, bawa sebotol kecil air, basuh dan masukkan semula cawan haid tersebut. Perkara yang paling penting untuk diingati ialah cara anda mengendalikan cawan haid semasa memasukkan  dan mangeluarkannya dengan tangan yang bersih. Kemudian, anda boleh mencuci cawan anda lebih teliti.

Ia bergantung kepada aliran anda, tetapi secara purata cawan haid boleh digunkan 10-12 jam sehari tanpa kebocoran.

Batang cawan haid tidak perlu dipotong kerana ia telah dihasilkan mengikut keutamaan peribadi anda. Jika cawan haid anda terletak dengan selesa di dalam faraj anda dan batang cawan haid tidak melekat atau menyebabkan sebarang ketidak selesaan, maka anda tidak perlu memotongnya. Sebaik sahaja anda selesa dengan memasukkan dan mengeluarkannya dengan betul, jika batang menyebabkan ketidak selesaan atau melekat pada faraj anda, anda boleh mempertimbangkan untuk memotongnya. Ingat! Jangan cuba memotong batang cawan haid anda semasa ia masih dalam; keluarkan cawan haid sepenuhnya dan potong batangnya mengikut keselesaan anda.

Sudah tentu! Malah, kami menggalakkannya. Tampon mempunyai serat yang menyerap air, bakteria, dan bahan kimia semasa berenang yang boleh menyababkan pertumbuhan mikrob, dan meningkatkan risiko jangkitan dan TSS. Cherry Cup menghasilkan sedutan yang kedap yang mewujudkan penghalang antara  faraj anda dan air dan membantu anda daripada kebocoran. Jadi, jika anda mahu mengelakkan penggunaan tampon yang basah dan bahan kimia yang berbahaya, anda pasti menyukai Cherry Cup.

Cherry Cup direka untuk orang yang aktif. Semasa memakai Cherry Cup, anda boleh lakukan aktiviti seperti menari, berenang, berlari, mengamalkan yoga dan sebarang aktiviti lain yang menjadi kebiasaan untuk anda lakukan. Cawan haid akan menghasilkan sedutan yang selamat dan memberikan pengalaman bebas kebocoran supaya anda merasa bebas untuk menjalani rutin harian dan aktiviti kegemaran anda tanpa perlu risau mengenainya.

Cherry Cup selamat digunakan semalaman. Anda boleh memakai Cherry Cup sehingga 12 jam berturut-turut termasuk  semalaman. Dari masa ke masa, anda akan mengetahui bila waktu yang terbaik untuk mengosongkan cawan haid. Jangan biarkan ia terlalu penuh untuk mengelakkan kebocoran.

Bergantung pada aliran anda, semasa hari yang mempunyai aliran yang banyak, anda mungkin kerap mengosongkannya. Tetapi kebanyakan pengguna Cherry Cup mendapati bahawa mereka mendapat tidur malam yang lena dan tidak perlu bangun beberapa kali untuk menukar seperti tampon atau tuala wanita.

Dengan pembersihan dan penjagaan yang betul, cawan haid anda tidak akan menghasilkan bau, tidak seperti tampon dan tuala wanita.

Apabila membersihkan cawan haid anda, sebaiknya gunakan sabun yang lembut, berasaskan air, semulajadi dan air suam.

Minyak, bahan kimia dan wangian boleh melekat pada cawan silikon anda dan menyebabkan bau, serta kerengsaan apabila anda menggunakan cawan tersebut.

Tidak, anda tidak akan merasa apa-apa setelah cawa haid dimasukkan. Sekiranya anda merasakan cawan haid ada di situ, ini bemakna Cherry Cup tidak dimasukkan dengan betul.

Cherry Mini adalah pilihan yang terbaik untuk perempuan yang baru mula datang haid, selagi mereka merasa yakin dalam proses memasukkan dan mengeluarkannya, dan mereka boleh mengenali diri mreka dengan lebih baik.

Cherry Cup sesuai digunakan oleh wanita yang tidak terlibat dengan seks – jika anda mempunyai pegangan agama yang kuat tentang menjaga selaput dara anda, sebaiknya anda tidak perlu menggunakannya. Tetapi perlu diingat, dalam zaman serba moden, kanak-kanak perempuan boleh hilang selaput dara mereka dengan melakukan aktiviti-akiviti lasak seperti menunggang motosikal, melakukan yoga atau aktiviti yang berat.

Kebanyakan wanita boleh memakai mana-mana saiz Cherry Cup tetapi memilih satu daripada yang lain terutamanya berdasarkan jumlah aliran, ketinggian servik semasa haid dan fizikal.

Cherry Mini sesuai untuk wanita yang mempunyai rahim yang rendah.

Saiz Cherry 1 adalah sesuai untuk wanita yang belum melahirkan, atau berumur kurang dari 30 tahun dan dengan aliran normal.

Cherry Saiz 2 sesuai untuk wanita yang telah melahirkan, atau berumur lebih dari 30 tahun dan dengan aliran yang banyak.

Kunjungi halaman Panduan Ukuran kami untuk maklumat lanjut.

Atau, pilih Pack Duo kami dengan kedua-dua Saiz 1 & 2 untuk melindungi dalam semua keadaan.

Apabila hedak mengukur servik anda, sentiasa lakukan dengan tangan yang bersih. Ia tidak biasa untuk serviks anda untuk bergerak semasa kitaran anda, dan ia paling biasa pada titik terendah semasa hari berat anda.

Sentiasa masukkan jari terpanjang dan merasai dinding-dinding faraj anda. Servik anda akan merasa seperti nubuk kecil di tengah-tengahnya dan mungkin lembut atau teguh bergantung kepada di mana anda berada dalam kitaran anda.

 

Ketinggian servik anda ialah:

Rendah: Apabila jari tengah dimasukkan dan anda merasakn servik anda kurang dari setengah jari.

Sederhana: Apabila jari tengah dimasukkan dan anda dapat merasakan sepenuhnya dengan jari tersebut.

Tinggi: Apabila jari tengah dimasukkan anda tidak dapat merasakannya.

Ukuran mini berukuran 4cm di seluruh rim, dan kira-kira 6cm dari hujung ke rim. Saiz 1 berdiameter 4cm di seluruh rim, dan kira-kira 7cm dari hujung ke rim. Saiz 2 berdiameter 4.6cm merentasi rim, dan kira-kira 7cm dari hujung ke rim.

Ukuran mini mampu mengumpul kira-kira 25ml (3x jumlah tuala wanita yang biasa), saiz 1 kira-kira 30ml (4x jumlah tuala wanita yang biasa), dan saiz 2 kira-kira 40ml (5x jumlah tuala wanita yang biasa).

Cawan haid bersaiz mini kami lebih kecil daripada purata antarabangsa. Saiz cawan 1 & 2 adalah setanding dengan saiz antarabangsa. Tinggalkan pesanan anda kepada kami jika anda tertanya-tanya saiz yang anda harus beli untuk diri sendiri.

Tidak boleh. Walaupun cawan haid tidak mempunyai tali seperti tampon, ia tidak akan hilang. Bahagian atas Cherry Cup akan terbuka dan membentuk vakum terhadap dinding faraj. Apabila faraj anda telah kembali pada yang asal, Cherry Cup akan turun ke pembukaan faraj, dan batang cawan harus keluar dari badan untuk proses mengeluarkannya dengan mudah.

Cherry Cup diperbuat daripada 100% silikon bergred perubatan. Ini membolehkan ia digunakan sekitar 5 hingga 10 tahun jika dijaga dengan baik. Walau bagaimanapun, ini berbeza mengikut faktor individu. Sekiranya cawan tiba-tiba berubah warna, menjadi berlendir, atau berubah rupa, hentikan semua penggunaan dengan serta-merta.

Tidak, sebenarnya. Cawan haid telah wujud sekitar 30 tahun yang lalu. Ia hanya tidak begitu popular di sebahagian negara.

Menggunakan cawan haid boleh mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Semua wanita patutnya tahu ini adalah pilihan terbaik, itulah sebabnya kami membawanya ke Malaysia. Cheers!

Semua cawan haid kami dihasilkan di Amerika Syarikat, yang disahkan FDA, dan dibuat dengan 100% silikon bergred perubatan.

Cherry Cup sangat sesuai dengan tubuh badan. FDA (Food and Drug Administration) mengesahkan cawan haid selamat untuk kegunaan manusia sejak 1 Ogos 2014. Cherry Cup adalah salah satu daripada beberapa cawan di pasaran yang secara rasmi didaftarkan dengan FDA. Silikon yang digunakan dalam membuat setiap Cherry Cup tidak membebaskan sebarang bahan kimia atau toksin dan BPA, dan bebas getah.

Bagi ramai pengguna tampon salah satu isu terbesar ialah kekeringan yang disebabkan oleh tampon – apabila mempunyai kulit yang sensitif walaupun tampon “semulajadi” dan tuala wanita boleh menyebabkan kerengsaan dan gatal-gatal.

Jika tampon menyebabkan faraj anda kering dan tampon menyebabkan anda sakit ketika memasukkan dan mengeluarkannya, cawan haid boleh menjadi penyelesaian kerana cawan haid tidak menyerap kelembapan di dalam faraj.

Adalah baik untuk menyedari bahawa sesetengah tampon komersial mungkin bukan produk FDA yang dikawal selia dan tampon / tuala wanita sebenarnya boleh mengandungi bahan kimia atau lapisan yang berbahaya yang mungkin tidak baik untuk penggunaan jangka Panjang.

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang sedia ada atau menggunakan IUD, semak dengan doktor sebelum menggunakan cawan haid. Oleh kerana wanita yang berbeza mempunyai faraj dan anatomi yang berbeza, kami mencadangkan sesiapa sahaja yang menggunakan IUD untuk memeriksa dengan doktor mereka sebelum menggunakan cawan haid.

Sindrom Kejutan Toksik (TSS) adalah penyakit yang serius dan berpotensi membawa maut yang disebabkan oleh penghasilan bakteria toksin Staphylococcus Aureus. TSS jarang berlaku, terutamanya dengan cawan haid, tetapi boleh membawa maut tanpa rawatan awal. Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, ruam, atau selesema yang mendadak semasa menggunakan Cherry Cup, segera dapatkan bantuan perubatan segera.

Persoalan anda tiada jawapan?

Hantarkan email kepada kami di [email protected] dan kami sedia membantu, atau layari Facebook Cherry Cup Malaysia untuk dapatkan tips dari pengguna kami.