Free shipping for orders ABOVE RM150 (West Malaysia), RM300 (East Malaysia) & RM400 (Singapore)
Setelah melalui banyak kali datang bulan,
adakah anda masih tercari-cari tuala wanita yang sesuai dengan keperluan anda?
Jika terdapat pilihan yang mana ia jauh
lebih murah, selesa, selamat dan mesra alam
Adakah anda ingin tahu, produk apakah itu?
Cherry Cup
dicipta, dihasilkan dan diimport dari Amerika Syarikat.
Kami menghabiskan masa hampir setahun untuk menyelidik, mencipta dan menambah baik cawan haid yang mana ia
lebih sesuai untuk wanita Asia.
Alami waktu haid anda tanpa sebarang kerisauan.
Tiada ganguan yang membatasi kebebasan anda semasa haid!
Setiap wanita yang telah baligh dan belum menopaus akan melalui ‘period’ pada setiap bulan.
Wanita yang normal akan mengalaminya lebih kurang 38 tahun.
Jadi, amat penting untuk mereka menggunakan produk yang sesuai dan selesa selama mereka datang bulan.
Tetapi,
terdapat kekecewaan bila mana hampir 90% wanita di Malaysia tidak mengetahui bahawa terdapat satu lagi pilihan selain daripada tuala wanita dan tampon.
Kita menyangka bahawa tuala wanita adalah satu-satunya pilihan yang kita ada, sedangkan terdapat cara lain, iaitu penggunaan cawan haid.
Adakah anda tahu, penggunaan cawan haid lebih selesa, selamat dan sihat berbanding penggunaan tuala wanita atau tampon?
Anda boleh lakukan yoga, pergi ke gym, bahkan berenang
tanpa ada kerisauan ketika anda datag bulan.
Perhatian!!
Cawan haid mampu menjimatkan duit anda dan sangat mesra alam.
Anda boleh simpan duit yang lebih untuk pembelian ‘lipstick’
atau apa sahaja yang anda inginkan!
Jika anda pernah dengar berkenaan cawan haid,
ia amat dikenali dikalangan wanita di
Eropah dan di negara-negara barat.
70% wanita yang telah mencuba cawan haid
akan terus menggunakannya
kerana penggunaannya yang amat selesa
membantu mereka berasa tenang dan
tidak akan berpatah balik pada penggunaan tuala wanita.
Jadi, apa itu cawan haid?
Dalam sejarah, cawan haid telah dikenali lebih dari 80 tahun.
Cawan haid dicipta dalam tempoh yang sama seperti tampon,
dan sejak kebelakangan ini ia amat dikenali di negara-negara barat.
Sebenarnya, cawan haid ini bersaiz kecil sahaja
Ia tidak perlu diletakkan pada pakaian dalam anda seperti penggunaan tuala wanita.
Anda perlu melipat cawan haid kepada saiz yang lebih kecil
bagi memudahkan untuk anda memasukkannya,
dan cawan tersebut akan mengumpul darah haid anda.
Anda boleh gunakan cawan haid yang sama sehingga 12 jam
dan memasukkan semula setelah dibasuh.
Adakah anda tahu, cawan haid boleh diulang penggunaannya?
Ya, cawan haid boleh diulang penggunaannya 5-10 tahun!
Jika anda bertukar kepada cawan haid, anda telah membantu menyelamatkan bumi.
Mari kita fikirkan semula.
Berapa banyak tuala wanita yang telah kita gunakan untuk 10 tahun yang lepas?
Cawan haid boleh digunakan semula,
dan ia adalah sumbangan yang besar kepada alam sekitar.
Mungkin anda tertanya-tanya.
Jika cawan haid mesra alam dan mudah,
kenapa kita di Malaysia tidak tahu mengenainya?
Sebab utama ialah terdapat budaya konservatif
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kita bersikap prasangka dan sangat subjektif
terhadap ketidak selesaan ia berada di dalam
sehingga tidak memberi peluang
untuk kita mengenali dan tahu
kelebihan penggunaan cawan haid.
Tambahan lagi,
cawan haid telah dinilai oleh doctor-doktor di Amerika
sebagai selesa, mesra alam dan menjimatkan kos,
tetapi ia tidak pernah dibincangkan dalam kalangan kita.
Cawan Haid terdapat 12 kelebihan yang mudah untuk difahamkan
1. Boleh diguna semula
Cawan haid adalah produk yang boleh diguna semula untuk 5-10 tahun.
Jadi, anda tidak perlu membuka almari dan menjerit…
“Alamak! Tuala wanita saya habis, saya perlu beli lagi.”
Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli tuala wanita di pasaraya. Ia sangat memudahkan!
2. Perlindungan alam sekitar
Menurut statistik, setiap wanita akan melalui kitaran haid selama 38 tahun dan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 14,400 keping tuala wanita sepanjang hidupnya.
Berat untuk sekeping tuala adalah antara 5-10g dan mengikut pengiraan secara purata adalah 7.5g.
Jadi seorang wanita akan menghasilkan hampir 108kg sampah yang tidak boleh dikitar semula sepanjang hidupnya.
3. Menjimatkan wang
Para doktor mencadangkan, tuala wanita yang dipakai perlu ditukar setiap 3 jam sekali untuk kebersihan.
Jika anda jarang menukarnya, ia akan menyebabkan kegatalan, keradangan dan jangkitan bakteria.
Wang yang digunakan oleh setiap wanita untuk membeli tuala wanita sepanjang hidupnya adalah sekurang-kurangnya RM12,000.
Apa yang anda boleh buat dengan RM12,000?
Ia bersamaan dengan 480 filem; 176 minum petang untuk wanita; 150 MAC ‘lipstick’
Cawan haid boleh diguna semula untuk 5-10 tahun.
Ini bermakna, anda tidak perlu membelanjakan wang anda kepada tong sampah… Ia benar!
4. Keselamatan
Cherry Cup diperbuat daripada silikon bergred perubatan, diimport dari Amerika Syarikat dan mendapat kelulusan FDA.
Ia tidak mendatangkan keradangan, bukan toksik dan tidak alah pada tubuh badan manusia, ia lebih selamat berbanding penggunaan tampon dan tuala wanita.
Tambahan lagi, penggunaan Cherry Cup tidak akan meningkatkan Sindrom Kejutan Toksik (TSS).
5. Selesa
Sebenarnya, faraj hanya mempunyai beberapa pengakhiran saraf di sekeliling kawasan luar yang biasa, selepas faraj adalah servik, ia tidak mempunyai hujung saraf.
Jadi apabila anda memasukkan cawan haid atau mengeluarkannya, anda hanya akan merasa sedikit pembukaan dikawasan faraj. Selagi kedudukan cawa haid itu bau, anda tidak akan berasa tidak selesa.
Oleh itu, tempoh haid anda akan sangat selesa, bahkan anda boleh lupa bahawa anda sedang haid.
6. Perlindungan yang tahan lama
Cawan haid boleh diletakkan di dalam badan sehingga 12 jam, tetapi setiap wanita mempunyai kuantiti darah yang berbeza, fahami badan anda, kosongkan cawan & masukkan semula selepas cawan penuh.
Apabila darah haid kurang pada hari ke 2 atau 3, anda boleh terus menggunakannya selama 12 jam sehingga penghujung kitaran.
7. Mimpi indah
Isipadu cawan haid adalah sama dengan penggunaan 2 tuala wanita ketika waktu malam, anda akan menikmati tidur yang lena sepanjang malam dan tidak perlu risau berkenaan kebocoran.
8. Mengekalkan keseimbangan PH faraj
Tampon bersifat menyerap darah haid dan pada masa yang sama ia juga menyerap kelembapan semula jadi dari faraj. Ini akan membuatkan faraj anda kering dan terdedah kepada jangkitan.
Cawan haid bersifat “mengumpul” dan bukan menyerap darah haid, jadi ia tidak mengganggu dan mengubah tahap keseimbangan pH faraj
9. Tiada bau
Menurut kajian, darah haid tidak mempunyai bau. Namun, ia boleh mendatangkan bau sekiranya bakteria terbentuk hasil daripada sentuhan dengan udara.
Cawan haid mempunyai saiz yang amat sesuai dengan faraj, dan ia membantu darah haid dari bersentuhan dengan udara seterusnya mengelakkan bau yang tidak diingini.
Ia turut membantu dari segi mengurangkan risiko mendapat penyakit ginekologi dan anda tidak perlu risau dengan bau dari darah haid.
10. Mencegah alahan
Semasa datang haid, adakah anda berasa gatal dan terdapat ruam merah ketika menggunakan tuala wanita?
Anda mungkin alah terhadap bahan yang diletakkan pada tuala wanita seperti wangian dan peluntur.
Untuk pengetahuan anda, Cherry Cup diperbuat daripada silikon bergred perubatan. Bahan-bahan ini tidak akan menyebabkan anda alahan.
11. Membantu anda lebih memahami tubuh badan anda dan isipadu haid
Adakah anda tahu berapa banyak darah yang anda tinggalkn ketika haid?
Ramai wanita akan berfikir bahawa “Saya mempunyai aliran yang banyak”, “Saya tidak boleh berdiri”, saya mesti kehilangan banyak darah dalam tempoh haid!
Adakah anda tahu?
Seorang wanita yang melalui kitaran haid untuk 1-7 hari,
Secara purata, akan kehilangan lebih kurang 80ml darah haid iaitu bersamaan sebotol minuman Yakult.
Anda akan merasakan bahawa darah anda mengalir begitu banyak.
Ia adalah kerana penyerap polimer serba boleh menjadi 30-60 kali lebih besar daripada saiz sebenar selepas terkena cecair.
Oleh itu, jika darah haid anda diserap oleh serbet tuala wanita, ia akan segera mengembang dan mencegah aliran darah keluar dari pad. Ia menjadikan anda berfikir bahawa anda telah kehilangan banyak darah haid setiap bulan.
Oleh itu, cawan haid adalah cara yang terbaik untuk lebih memahami tubuh badan anda kerana ia mempunyai tanda pada cawan, jadi anda akan tahu berapa banyak darah yang telah mengalir selama kitaran haid anda.
12. Lakukan apa sahaja yang anda mahu lakukan sepanjang tempoh anda
Anda boleh menggunakan cawan haid dalam apa jua keadaan.
Tidak kira tidur, bekerja, berehat, berkencan, berlari, menunggang basikal, mengamalkan yoga, pergi ke ‘party’, melancong, ‘skydiving’, menari, berenang …
Ya, anda juga boleh berenang! Ini adalah kelebihan dari cawan haid! Kerana ia tidak menyerap air.
Anda akan mempunyai pengalaman yang hebat ketika datang bulan, dan anda boleh menikmati perkara yang paling disukai.
Anda mungkin tertanya-tanya…..
S: Adakah anda akan merasa sakit ketika memasukkannya?
J: Tidak, bukaan saraf pada faraj hanya 2-3cm sahaja untuk memasukkannya. Tiada saraf sentuhan pada faraj anda dan anda tidak anda merasa benda asing ketika memasukkannya. Anda akan berasa sangat selesa, bahkan anda mungkin boleh lupa yang anda sedang haid!
S: Ketika pertama kali melihat cawan haid, saya tidak pernah mencubanya. Saya risau dan tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.
J: Jangan risau. Kami mempunyai video yang menunjukkan bagaimana cara-cara untuk menggunakannya, dan video tersebut dalam bentuk grafik. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan dan kami akan bantu anda sehingga berjaya menggunakan cawan haid.
S: Adakah cawan haid akan jatuh?
J: Faraj adalah otot yang sangat elastik di dalam tubuh dan mempunyai banyak tisu-tisu yang lembut. Apabila cawan haid dimasukkan dengan betul, ia akan dikedapkan pada vagina dan semestinya tidak akan jatuh.
S: Adakah saya boleh membuang air besar atau kecil ketika menggunakannya?
J: Pertama sekali, setiap wanita mempunyai 3 lubang : uretra, faraj dan dubur. Cawan haid dimasukkan ke dalam lubang faraj. Oleh itu, secara teorinya tidak akan ada sebarang gangguan untuk anda membuang air kecil atau besar; ia adalah lubang yang berasingan. Jadi, cawan haid tidak akan menyekat anda untuk membuang air kecil atau besar. Anda boleh buat carian Google untuk pemahaman yang lebih baik.
S: Adakah selaput dara akan terjejas?
J: Selaput dara bukanlah sejenis ‘membran’. Ia adalah tisu yang terbentuk seperti cincin yang dipanggil sebagai “Mahkota”. Ia mempunyai pelbagai rupa dan terbentuk dengan lubang sehingga membolehkan pengaliran darah haid. Namun, pilihan di tangan anda. Walau bagaimanapun, ia mungkin agak sukar untuk seseorang yang masih dara untuk memasukkan cawan haid.
Dua tahun lepas, saya mendapat peluang untuk memahami dan mencuba cawan haid.
Setelah menggunakannya, saya amat teruja mengenai cawan kecil ini yang mana ia amat mudah untuk digunakan. Ia bagai satu keajaiban untuk saya.
Jadi, saya mula berkongsi berkenaannya pada kawan-kawan wanita saya.
Walaupun mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka akan berkata: ‘Apa itu cawan haid?’
Malangnya, saya dapati masih ramai wanita-wanita di Asia mempunyai sedikit pengetahuan dan pemahaman mengenai cawan haid.
Kerana dari pertama kali kita datang haid, kita dididik untuk menggunakan tuala wanita.
Kita tidak tahu yang kita mempunyai alternatif lain selain tuala wanita dan tampon.
Tuala wanita diiklankan di kaca TV, media social dan di pusat membeli-belah.
Jadi, kita telah diajar untuk menggunakan tuala wanita semasa haid.
Namun pada hakikatnya terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan seperti di negara-negara barat. Kita boleh membuat pilihan mengikut kesesuaian kita sendiri.
Malangnya, kita tidak mempunyai budaya seperti itu.
Oleh sebab itu, kami membuat keputusan untuk membawa masuk cawan haid ke dalam Malaysia. Kami mengambil masa setahun dengan pasukan dari Amerika,
untuk mereka bentuk dan mengkaji cawan haid yang paling sesuai untuk digunakan oleh wanita Asia
Kami berharap lebih ramai orang tahu dan sedar mengenai manfaat cawan haid
Anda boleh lakukan aktiviti yang anda suka seperti pergi gym, mendaki gunung, berenang atau apa-apa sahaja. Dan anda tidak perlu mengorbankan saat-saat indah ketika sedang haid.
Anda akan mendapati bahawa haid tidak lagi menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan.
Anda boleh lakukan apa sahaja aktiviti tanpa memikirkan kebocoran atau sebagainya.
Pada 2019, kami menubuhkan Cherry Cup.
Cawan haid pertama dan berkualiti tinggi di Malaysia.
Kami berharap dapat membawa lebih banyak pilihan produk untuk digunakan ketika haid, kerana anda bukan mempunyai satu pilihan sahaja.
Cherry Team
CHERRY CUP Hanya Berharga
RM 139
(Jika anda menggunakannya untuk tempoh 5 tahun, kos anda setiap kali datang haid hanya rm2.30 sahaja)
Berita baik!
Tambahan 10% diskaun
untuk setiap pembelian yang pertama
(Kod Diskaun: 10%OFF)
+
Lagi !!
Peghantaran percuma
untuk setiap pembelian rm120 & ke atas
+
Extra!!!
Percuma Set Aluminium Straw
(Bernilai : RM39.90)
** Terhad 100 set sahaja**
Terlepas peluang set aluminium straw?
Jangan risau! Kami ada hadiah misteri lain yang menanti anda.
** Terhad 500 set sahaja **
KUANTITI ADALAH TERHAD; SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!